Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
.
Sedar atau tidak kita sebenarnya, apabila dipanjangkan umur sehari, bererti pendeklah umur sehari. Ibarat seorang musafir, semakin lama merantau semakin dekatlah destinasi atau tempat yang dituju.

Begitu jugalah dengan deringan jam kematian, hanya menanti jarum menepati waktu untuk berdering. Telah tersurat ketentuan Allah SWT di dalam diari alam ini, kehidupan manusia sebenarnya mempunyai batas waktu yang tertentu. Apabila tiba utusan-Nya, pasti tidak akan terkurang atau terlebih walau sesaat untuk dijemput. Sama ada suka atau tidak, saat itu pasti terpaksa ditempuhi.

Sebenarnya waktu kehidupan manusia telah dibataskan oleh Allah SWT sejak ia dilahirkan, cuma manusia tidak mengetahui hakikat sunnatullah ini. Manusia sering tertanya tentang saat kematian, tetapi tidak pula bersedia menghadapinya. Yang muda menyangka ajal menimpa yang tua, sementara yang tua menyangka terlalu awal untuk menghadapinya. Lalu berkejaranlah keduanya merebut kebahagiaan yang sementara iaitu "dunia". Bergembiralah syaitan melihat kedangkalan manusia yang begitu mudah tewas kepada tipu dayanya. Berbanggalah sekalian kaum kerabat syaitan kerana memperolehi teman untuk mengiringinya kelak.

Alangkah malangnya manusia yang ingkar terhadap suruhan Rasulnya supaya merebut lima perkara sebelum datang lima perkara yang lainnya. Salah satunya ialah "hidup sebelum mati". Manusia yang menyedari putaran jam yang sebenarnya pasti akan mempersiapkan diri yang sebenarnya untuk menghadapi kematian. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang mampu dijadikan perisai sebagai benteng pertahanan.

Bayangkan di saat menghadapi kematian, syaitan pula datang menggoncang keimanan dengan tipu muslihat. Hanya orang yang sejahtera akan ditetapkan iman oleh Allah SWT. Ingatlah, andaikata saat kematian sudah berdering, maka sudah pasti taubat tidak diterima lagi...!!!

Fikir-fikirkanlah...
Fikir-fikirkanlah...